Tuesday, April 26, 2011

istimewa buat dirimu...

buat bakal suamiku...
nota ini kutitipkan buat dirimu...
mungkin pada tika titipan ini kucoretkan...
aku belum pernah bersua denganmu...
atau mungkin aku mengenalimu....
namun belum tiba masa untuk kita disatukan....
hanya Allah mengetahui rahsia itu...


ketahuilah...
betapa diri ini memerlukanmu...
bukan sekadar melengkapi fitrah sebagai manusia,
di mana adam dan hawa diciptakan berpasang-pasangan...
atau untuk menyayangi diri ini semata-mata...
tetapi...
untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain,
tentang tujuan hidup sebagai hamba di muka bumi ini...
untuk memimpin aku ke jalan yg diredhai Allah,
dengan bersama dalam bermujahadah di jalan Allah...
mengasihi aku kerana Allah,
bukan kerana nafsu semata-mata...
untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan,
ikhlas tanpa ada penyesalan....


aku mungkin bukan seorang wanita yg sempurna...
namun masih akanku perbaiki diri ini...
agar bisa aku menjadi seorang isteri yg terbaik buat dirimu...


oleh itu,,
jagalah dirimu wahai bakal suamiku...
jagalah maruahmu,
seperti mana aku perlu menjaga maruahku...
peliharalah pandanganmu,
sebagaimana aku berusaha menjaga pandanganku terhadap lelaki ajnabi...
peliharalah hatimu,
dari segala perkara yg boleh merosakkan hatimu...
peliharalah nafsumu,
agar ia tersalur pada jalan yg sewajarnya...
peliharalah imanmu,
semoga ia semakin meningkat...
sepertimana meningkatnya usiamu...


diri ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu...
semoga allah mempermudahkan jalan untuk kita bersatu...
semoga kita dipertemukan dengan penuh keberkatan dari Allah....
semoga kita dapat bersama hingga ke syurga abadi....


ameen ya Allah...

5 comments:

hAzirAh siCoffee Latte @ kakyaa :) said...

i kn0 u can face it dea... be str0ng... peace.. ^^v

::LiPO:: said...

pray the best for you syg!

114178(91) said...

ki3...thnx dea..cm klaka lak ble dkomen tok post y sebegini rupe...nway..i prayz 4 u guyz too..:)

Safinaz:) said...

Apakah cinta?

Cinta yg sy tahu, adalah “Ingin bersamanya di syurga” :)

Saya hanya tahu yg itu. Sebab di dalam Cinta ada Kasih & Sayang.
...
Bukankah amat menghairankan jika sy menyatakan:
“Saya sangat sayangkan awak, kasihkan awak, sepenuh hati saya.”
kemudian saya menyepaknya ke dalam api yang marak. Nyata itu BUKAN Cinta.

Maka adalah sangat pelik,
apabila melafazkan cinta,
tetapi kita melempar orang yg kita cinta ke dalam neraka.
Apakah kesakitan yg lebih dasyat drpd Neraka?

Islam TIDAK pernah mengingkari perasaan Cinta yg mekar pd diri seorg manusia.
akan tetapi ISLAM mengajarkan kepada manusia utk MENJAGA Perasaan Cinta itu, diRawat & diLINDUNGI dri sgala keHINAan & apa saja yg meNGOTORInya

Moga bertemu cinta yg diredhaiNYA! :)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik