Saturday, August 21, 2010

...wasiat imam shafie...

 SEBELUM Imam Syafie pulang ke  rahmatullah, beliau sempat berwasiat  kepada para muridnya dan umat islam  seluruhnya. Berikut ialah  kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh  perkara."
 1: HAK KEPADA DIRI.
 Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

 2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
 Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

 3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


 4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

 5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI  KIAMAT)
 Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

 6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
 Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

 7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

 8: HAK KEPADA RIDHWAN  (MALAIKAT PENJAGA SYURGA )
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,  bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

 9: HAK KEPADA NABI  SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah  (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

 10: HAK KEPADA  ALLAH SWT
 Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari  kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,  "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

No comments: