Monday, December 27, 2010

blueberry cheese cake

base :
2 C     biskut hancur (12 kpg biskut digestive/marie ditumbuk)
3/4 C  mentega yg dicairkan
cheese cake :
3 kotak   philadelphia crean cheese (250gX3)
3 C         whip cream
3/4 C      susu fresh
2 biji      lemon
5 biji      telur (medium size)
3/4 C      gula pasir
5 T         gelatine serbuk sayuran (pstikan halal kay)
1/2 C      air suhu bilik
1 t         vanilla essence
blueberry topping :
1 tin     comstock blueberry filling
2 T       gula pasir
1/2 C    air (utk cairkan gula)
2 T       gelatine


CARA-CARA :-


base : sapu keliling acuan dgn sedikit mentega. cairkan mentega dgn api perlahan. gaul rata bersama biskut yg dihancurkan dgn mentega yg telah dicairkan. masukkan ke dalam acuan dan ratakan dengan tapak gelas minuman yg rata. masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. sambil itu siapkan lapisan cheese.

cheese layer : pecah telur satu persatu dan saingkan putih dan kuning telur. masukkan kuning telur, gula dan vanilla essence ke dalam mangkuk dan pukul. setelah kembang masukkan cream cheese, whip cream, susu segar, jus lemon dan parutan kulit lemon satu persatu sambil pukul sehingga kembang.
gelatine dimasukkan ke dlm periuk kecil bersama air suhu bilik. dicairkan di atas spi perlahan sambil kacau tanpa henti sehingga cair. kemudian campurkan ke dalam bahan2 yg telah dipukul mesra td.
bg putih telur yg diasingkan td, masukkan ke dlm mgkuk asing dan dipukul sehingga menjadi buih keras.ambil putih telur keras shj dan dicampur ke dalam bahan y telah dipukul tadi secara perlahan2. keluarkan bekas y berisi biskut td dan tuangkan ke dlm bekas tersebut dan masukkan semula ke dlm peti selama 2 jam.

topping : stlh 2 jam, tuangkan topping blueberry ke dlm mangkuk. cairkan gelatine yg dicampurkan dgn air di ats api yg perlahan. gelatine cair dimasukkan dlm mangkuk berisi blueberry dan dikacau mesra. tuangkan ke dlm acuan semula. sejukkan cake di dlm peti sejuk selama 1/2 jam. ciap untuk dimakan..:)

p/s :credit 2 ainin n company 4 diz recipe..:)


Saturday, December 25, 2010

Maha Melihat

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku



tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta 'kan pergi
yang didamba 'kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

repeat reff [2x]

by : opick feat amanda [juz click]

first time dgr lagu neh..creadit 2 diz blog :) - beautifulsoulsa.blogspot.com

Friday, December 24, 2010

buat MATA yang sedang menanges...

Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang mnggenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t y tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana saat ini kau masih mampu menangis.
Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang y merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
 "Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."(Surah al-Isra' 17: 109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(Surah Maryam 19:58)

Duhai mata yang sedang menangis...
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diribdengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimun kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana badanmu mendapat darurat.

Jika ka\u wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau. penyayang-Nya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan rasulullah s.a.w. dalam menyanpaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah."(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)



nukilan : Fatimah Syarha Mohd Noor (sumber dari majalah SOLUSI)

surah al-mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:


“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


Thursday, December 23, 2010

cinta teragung

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petandan ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia
Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah


Ya Allah
Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim



Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia



by : mestica(juz klik)

berbaik sangke pada Allah...

it is undeniable dat everyone pna d'uji...dan akan terus diuji..slagi kite bglar hamba Allah...kite pasti xkan dapat lari dari ujian atau sstgah orang menganggap ia sbagai masalah...masalah y sentiase mngngu..mmbeban an khidupan mereka..sumthn y mereka nk buang dr idop mreka...its all depend on u tok menganggap stiap ape y blaku dlam khidupan sharian kite sbgai ujian atau masalah...

dan dengan itu juga..tanpe kte sdar...sumtimes kite slalu mnjadi makhluk y suke mngeluh...sdang an kite tahu Allah tdak sskali mmbeban an hambeNYA diluar ksanggupan mereka...sbab Allah itu Maha Mengetahui stiap sesuatu...yup i admit dat sumtimes kite akan rase spti xmmpu atau xsnggop mhadapi ujian y menimpe dri...sdang an...itulah sbnarny da way tok kite lebih mngenali sang Pencipta...how  kite kkuh an kebergantungan kite pada Allah y 1...n jalan tok kite kuat an diri...tp xbmaksod kite perlu mnafi an fitrah kite sbgai seorang manusie y akan tsenyum atau ktawa apabila mnrime ssuatu nkmat...mnangis atau bsedih apabila dtmpa musibah....cme dlam keadaan 2....kite prlu utk bsderhana dlm menghadapi semua keadaan tersebut...sbb ia mgkin untuk semntara....kite perlu sntiase mnguat an diri utk mghapi nikmat n ujian dr Allah...
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan dia amat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sdangkan dia amat buruk bagimu..'

oleh itu,bsangke baeklah dgan tuhanmu...die y mntap an sgale ssuatu y blaku dlm hidup kite..jika difikirkan...layakkah kite tok bburok sgke pada Allah?ofkoz nope..maka yakenlah..Allah lebih mngetahui ape disebalik perkara y berlaku dlm hidup kite sume..bersyukurlah dengan ape y diberikan oleh Allah n bersabar dengan stiap ujian y mendtg... smoge kite tidak aman dari tipu daya Allah (lbey kurang cm istidraj-pemberian/penambahan nikmat y Allah berikan kpd hamba y kufur)

smoge kite dapat menghadapi segala ujian ngan tabah n segala nikmat dengan penuh rase syukur...ameen...

Tuesday, December 21, 2010

diet RASULULLAH

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)



Cara Makan


* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.